Sebenarnya saya secara peribadi menganggap Paul Si Sotong Peramal telah mainkan kita. Penjaga dan pengasuhnya memainkan peranan besar dalam permainan ini.Sebenarnya juga penjaga-penjaga dan pengasuh-pengasuh Paul yang memainkan peranan besar dalam ramalan ini dan menyatakan Paul yang memilih, namun sebenarnya mereka yang meramalkannya.Apa yang dapat kita saksikan dan kita lihat melalui video-video dan gambar-gambar secara keseluruhannya, Paul akan memilih kotak rezekinya di sebelah kanan. Selalunya begitu. Timbul persoalan kenapa Paul suka memilih kotak yang kanan? Ini kerana suasana di sebelah kanan lebih terang berbanding di sebelah kiri. Di sebelah kanan dihiasi bola yang warna putihnya menarik perhatian Paul dan juga keadaannya lebih lapang berbanding di sebelah kiri. Di sebelah kiri hanya dihiasi dinding akuarium yang muram dan agak gelap keadaannya serta lebih sempit berbanding kanan. Rezeki seelok-eloknya dinikmati di tempat terang.Sebagaimana yang kita ketahui sotong sememang suka kepada suasana terang. Ini berlaku apabila orang bercandat sotong di laut, mereka akan memasang lampu bagi menarik perhatian sotong untuk mendapatkan makanan. Saya belum mengetahui ada sesiapa yang bercandat sotong dalam gelap.Oleh itu Paul mengikut nalurinya suka kepada yang terang. Mereka yang membuat ramalan adalah pengasuh dan penjaga Paul, pasukan manakah yang dijangka menang dan diletakkan benderanya di sebelah kanan. Mungkin penjaga dan pengasuh Paul bermesyuarat bersama mereka berdasarkan fakta memilih pasukan mana yang menang. Kiranya taklah bengap sangat si pengasuh Paul ni.Itu ajalah...namun kehadiran Paul Si Peramal memeriahkan lagi piala dunia. Ada yang tidak berminat kepada bola sepak tetapi lebih berminat kepada Paul sehingga bersekang mata menanti ramalan Paul. Awas!!! Kaki-kaki judi amat meminati Paul dan boleh bertuhankan Paul kerana duit.Kepada peminat Paul janganlah marahkan saya pula. Amacam?
No comments:
Post a Comment