Sebuah kedai kopi popular di Johor Bahru yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih dari 80% pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.Perkara menjijikkan itu terbongkar setelah Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan setelah menerima laporan warga.Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan."Sampel serbuk kopi dari toko itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, positif gelatin babi. "Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang banyak. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor," katanya ketika dihubungi, semalam. Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha tersebut melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan surat halal."Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk memuaskan selera, pastikan usaha berkaitan mempunyai logo halal," katanya.Difahamkan, pengusaha tersebut akan hadir ke markas JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cabang di Lembah Klang.Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya mengirim lima pegawai ke tempat tersebut, kemarin."Selepas menerima aduan lewat SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ."Karena itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikuti Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka," katanya ketika dihubungi.Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang berkenaan.Sehubungan itu, ia menasehatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera."Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu karena dalam kasus ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera."Pada masa sama, pengusaha tersebut juga perlu lebih bertanggungjawab karena premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam," katanya.Sementara itu, juru bicara Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pengusaha premis tersebut secepatnya dan menasihati pengusaha berkenaan supaya memamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan."Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang yang bimbang selepas melihat isu tersebut di Internet dan laman web sosial," katanya.Kalau di Indonesia malah daging sapi ditukar daging babi :
No comments:
Post a Comment